'/>

Lebih 3.7 juta rakyat negara ini yg layak mengundi ttp masih belum mendaftar sbg pengundi 

Lebih 3.7 juta rakyat negara ini yg layak mengundi ttp masih belum mendaftar sbg pengundi.

Namun begitu menurut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya, setakat 31 Mac 2017, lebih 3.7 juta orang yang berumur 21 tahun dan ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih berbanding 18 juta jumlah keseluruhan rakyat yang layak mendaftar.

Statistik ini merupakan satu indikator bahawa kesedaran rakyat terhadap hak dan tanggungjawab mereka kepada negara masih rendah. Oleh itu, saya menyeru agar semua agensi-agensi yang terlibat untuk memperhebatkan usaha-usaha penerangan serta mendaftarkan mereka yang layak mengundi.

Peratusan pengundi keluar mengundi juga harus ditingkatkan lagi berbanding PRU13 di mana hanya 84.84% atau 11.2 juta pengundi telah keluar mengundi.

Sumber:https://t.co/RGnusvz3Gk

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY