'/>

Suspek Pecah Tabung Masjid Di Buru

TERKINI: Suspek lelaki berusia 23 tahun dikenali Ayob alamat terakhir tinggal di Bintangor kini diburu Polis Daerah Matu Daro selepas dipercayai terlibat kes Curi Meriam Tembaga Antik di Kampung Tebaang, Daro dan Kes Pecah Masuk serta Curi Duit Tabung Masjid di Masjid Tunku Abdul Rahman, Daro pada 28 Julai 2017 kira-kira jam 4.50 petang pada hari kejadian, baru-baru ini.

Manakala seorang rakan suspek yang turut terlibat sama dalam kedua-dua kes tersebut telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang terserempak atau mengenali suspek boleh menghubungi Balai Polis Daerah Matu Daro atau balai polis berdekatan.

Sumber: IPD Matu Daro.

Dapatkan berita selanjutnya dalam Akhbar Utusan Sarawak esok Khamis (17/08/2017).

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY