Sarikei:Ketua Polis Daerah Sarikei, Superitendan Mat Jusoh Mohamad bersama Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik(BSJN) IPD Sarikei menunjukkan sebahagian rampasan di percayai dadah jenis syabu dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Susur Jambu Sarikei, pada jam 3.00 petang, 19 September lalu.
Dalam serbuan itu, Polis berjaya merampas keratan tiup straw yang mengandungi ketulan kristal disyaki syabu seberat 51.89 gram dengan anggaran nilai RM7,700.
Susulan itu, sepasang suami isteri dan seorang penjawat awam ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan Polis.Saspek berusia 24 hingga 35 tahun .Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mandatori gantung sampai mati.
No comments: