'/>

SPRM isytihar "Perang" terhadap aktiviti judi haram

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengisytiharkan "perang" terhadap premis dan aktiviti judi haram yang dikaitkan dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata badan pencegahan rasuah itu akan mengambil tindakan terhadap pegawai penguatkuasa yang memberi perlindungan kepada sindiket aktiviti judi haram dan juga pengusaha premis yang menawarkan rasuah kepada pihak penguatkuasaan.

"Isu judi haram bukan isu baharu. Sudah tiba masanya SPRM mengambil tindakan khusus dan lebih agresif dalam memerangi aktiviti judi haram di negara ini," katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY