'/>

ISU PENYALAHGUNAAN DADAH DAN SUBSTANCE

Kuching:Bagi memastikan isu ini ditangani dengan lebih sistematik dan berkesan, Kementerian memberi tumpuan kepada penyelarasan tindakan berhubung dengan perkara-perkara berikut:

1) Menyekat pembekalan dadah dalam pasaran melalui ​tindakan agensi-agensi penguatkuasaan khasnya pihak ​PDRM dan Jabatan Kastam;

2) Mengurangkan permintaan terhadap dadah melalui ​tindakan pencegahan dan kesedaran;

3) Merawat dan memulih penagih dadah dan substance; dan

4) Meningkatkan pemerkasaan (empowerment) dan daya ​keupayaan (resilience) komuniti.

Bagi terus memantapkan usaha membebaskan masyarakat daripada gejala dadah, pihak Kementerian bersetuju dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh pihak penguatkuasa iaitu:

1) Jabatan Kimia dan Jabatan Kesihatan peringkat Negeri ​Sarawak diberi kemudahan dan keupayaan untuk ​melaksanakan semua ujian air kencing.

2) Mewujudkan mahkamah dan sumber manusia ​berkelayakan di peringkat daerah bagi menyelesaikan kes ​dengan cepat dan dengan itu mengurangkan backlog kes-​kes yang berkaitan.

3) Mewujudkan Intoxicating Substance Act untuk ​memasukkan semua jenis bahan atau substance yang ​mempunyai kesan yang sama seperti dadah, contohnya, ​gam, cat, gasolin dan lacquer thinner.

4) Menghalang kemasukkan individu dari luar Sarawak yang ​mempunyai rekod jenayah dadah dibawah ADB (Langkah-​Langkah Pencegahan Khas) 1985.

5) Mewujudkan mekanisma untuk mengesan dan memantau ​pelajar-pelajar asing yang mempunyai rekod terdahulu ​berkaitan dadah; dan

6) Mewujudkan mekanisma untuk menangani isu penagihan ​dan pengedaran dadah dengan kaedah “snowballing” ​untuk memperolehi maklumat daripada pelajar yang ​positif ujian air kencing.
Sumber:YB DATO SRI HAJAH FATIMAH ABDULLAH

MENTERI KEBAJIKAN, KESEJAHTERAAN KOMUNITI, WANITA, KELUARGA DAN PEMBANGUNAN KANAK-KANAK

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY