'/>

Pembangunan Masyarakat - Fatimah

Kuching:Sebanyak sembilan isu sosial di Negeri Sarawak yang diberi keutamaan dipantau oleh Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak.

Ini dinyatakan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah dalam ucapan penggulungan kementeriannya di sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak sebentar tadi.

"Isu-isu sosial tersebut adalah; penyalahgunaan dadah dan substance; kehamilan remaja; perkahwinan dan penceraian; jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan wanita; penyakit jangkitan kelamin, HIV dan AIDS; keganasan rumah tangga; jenayah jalanan; gelandangan; dan masalah dokumen pengenalan diri."

Fatimah menjelaskan, bagi menangani isu-isu sosial tersebut, Kementerian giat melaksanakan inisiatif yang merangkumi aktiviti kajian dan penyelidikan; pengurusan pangkalan data; pemantauan tren sosial Negeri; penganjuran majlis kesedaran sosial; dan pelaksanaan pelbagai program intervensi sosial.

Pada tahun ini sehingga bulan Oktober, Majlis Pembangunan Sosial Sarawak (atau singkatannya MPS) telah menganjurkan 8 sesi dialog, 8 siri forum, dan 9 buah program intervensi sosial yang melibatkan jumlah keseluruhan seramai 5,692 orang peserta, tambahnya lagi.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY