Kuching:YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah ,Menteri Kebajikan ,Kesejahteraan Komuniti ,Wanita. ,Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak mengatakan pihak Kerajaan melalui Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK),Polis ,KDN serta NGO seperti Pemadam memang sepenuhnya memerangi dadah.Satu Bengkel Penyelarasan Isu Dadah di Bahagian Limbang pada 4-7 Mei 2017 telah berjaya menghasilkan Satu Pelan Tindakan Intervensi Bersepadu yang berbentuk penguatkuasaan dan bukan penguatkuasaan.
Pihak AADK Negeri Sarawak melalui AADK Daerah juga telah melaksanakan 108 program pencegahan melibatkan Bahagian Mukah,Miri,Betong ,Sarikei ,Bintulu,Sri Aman dan Sibu.Jabatan Narkotik Sarawak telah membuat tangkapan 401 bagi kategori bekalan,kategori memiliki 1352 kes tangkapan ,kategori (urin positif)sebanyak 3408 berjaya dilakukan sepanjang Januari hingga September 2017.
Dibawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah pencegahan khas)1985[ADB(LLPK)1985] seramai 43 orang telah dikenakan tindakan dibawah akta ini antara bulan Januari hingga September 2017 dan sejumlah RM4,937,041 telah disita dibawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta)1988 oleh JSJ Negeri Sarawak.Selain itu usaha membanteras dan pencegahan kegiatan penyalahgunaan /pengedaran dadah seperti ceramah dan pameran di Sekolah,agensi kerajaan /Swasta mengenai bahayanya dadah.
No comments: