'/>

Lelaki Hilang semasa pegi Kebun

Julau:Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bintangor ,Tuan Nicholas B. Belulin.Mangsa yang dikenali sebagai Ukat Anak Abon (L) Umur: 74 tahun dikhuatiri lemas/hilang di sungai.Mangsa dipercayai hilang sekitar jam 1100 hrs dan hanya dilapor ke Balai Polis Julau pada jam lebih kurang jam 1600 hrs. Pihak keluarga mangsa percaya mangsa terjatuh dalam sungai berdasarkan penemuan perahu yang hanyut dan tersangkut kira-kira 50 meter dari lokasi tempat letak perahu.

Pakaian serta barang peribadi mangsa dijumpai masih di dalam perahu. Selipar mangsa dijumpai di tepi sungai tempat menambat perahu. Mangsa berasal dari Rh Serit, Tanah Putih, Sarikei. Mangsa ke lokasi hilang adalah untuk menjenguk kebun berhampiran Rh Unsa, Jagoi, Pakan. Pihak Bomba bersama PDRM mengambil maklumat daripada keluarga mangsa. Pencarian turut dilakukan bersama bantuan penduduk rumah panjang menggunakan bot.Bomba dan pihak keluarga mangsa, operasi pencarian akan diteruskan pada keesokkan pagi memandangkan keadaan cuaca mulai gelap. Operasi ditangguhkan pada Jam 1832 hrs. Setakat ini mangsa belum dijumpai.

*Info dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak.*

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY