'/>

Calon P206 Tanjung Manis perlu bekerja keras untuk Pembangunan Kawasan Pesisir Tg. Manis- Abdullah

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Haji Saidol berkata calon pengganti Datuk Norah Abdul Rahman perlu biasa dengan kawasan Parlimen Tanjung Manis P206 dan sanggup berkerja keras untuk membawa pembangunan kepada rakyat kawasan pesisir Tg.Manis.

Abdullah Haji Saidol yang juga merupakan Ahli DUN Semop menegaskan bahawa calon mesti rajin melakukan lawatan kerja ke kawasan dan berani menyuarakan masalah yang dihadapi penduduk kawasan. Tg.Manis menurut Abdullah pentingkan pembangungan infrastruktur oleh itu calon baharu mesti bersedia untuk berkerja lebih rajin untuk membangunkan kawasan.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY