'/>

KMJ Simpang Roban

Sarikei:Ketika sampai di lokasi, Pihak Bomba mendapati kedua-dua mangsa tiada yang tersepit dalam kenderaan. Mangsa perempuan mengalami kecederaan ringan manakala mangsa lelaki pula dilaporkan agak parah dan berkeadaan lemah kerana di bahagian perut sebelah kanan mangsa tertusuk sebatang besi berbentuk cangkuk mata kail bersaiz 0.5 inci anggaran 30 cm panjang.

Menurut mangsa perempuan, kenderaan mereka dari arah Kuching menuju ke Sibu sebelum hilang kawalan ketika menuruni bukit di satu selekoh tajam sebelum simpang Mudong dari arah Saratok lalu terbabas ke lorong sebelah kanan jalan raya.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei  Tuan Suna Kaha Pihak Bomba bertindak memasang ‘Cervical Collar’ dan juga ‘doughnut bandage’ pada bahagian luka di perut mangsa lelaki

Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Sarikei pada jam 0145 dari lokasi menggunakan jentera EMRS yang turut dibantu 2 pegawai perubatan dan tiba di Hospital pada jam 0224 hrs. Sementara anggota jentera FRT pula membantu pihak Polis di lokasi kejadian bagi mengesan barangan peribadi mangsa yang bertaburan tercampak ketika kemalangan.

Dimaklumkan, kedua-dua mangsa telah kemalangan selama 2 jam di tempat kejadian. Mangsa perempuan tersebut bertindak mendapatkan bantuan dengan berjalan kaki menuju ke sebuah rumah panjang TR. Umpit, Berayang yang berdekatan sebelum berjaya menghubungi talian kecemasan.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY