'/>

Bantuan Kewangan Bagi Yuran Pendaftaran Kemasukan Pelajar ke Universiti Awam


*Kenyataan*
*YB Dato Seri Idris Jusoh*
*Menteri Pendidikan Tinggi*

*Bantuan Kewangan Bagi Yuran Pendaftaran Kemasukan Pelajar ke Universiti Awam*

Saya telah menerima maklumat bahawa terdapat segelintir pelajar, terutamanya daripada golongan B40 (Bottom 40), yang menghadapi kekangan kewangan untuk membayar yuran pendaftaran bagi kemasukan ke Universiti Awam.

Sehubungan dengan itu, saya telah menghubungi setiap Naib Canselor Universiti Awam mengenai perkara ini.

Alhamdullilah, mereka telah menzahirkan keprihatinan tentang hal ini dan memberi jaminan kepada saya bahawa pihak Universiti sedia membantu para pelajar yang mengalami kesulitan kewangan untuk membayar yuran pendaftaran.

Oleh itu, para pelajar baru diminta untuk hadir pada hari pendaftaran di UA masing-masing dan bolehlah merujuk kaunter khas yang disediakan oleh pihak universiti untuk bantuan kewangan dan keterangan lanjut.

Malah PTPTN juga menyediakan bantuan wang pendahuluan pembiayaan  (WPP) berjumlah RM1500 bagi pelajar yang memerlukan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. WPP boleh ditunaikan oleh pelajar penerima mulai 22 Ogos lepas.

Pelajar-pelajar yang berhasrat utk mendapatkan pinjaman PTPTN, hendaklah memastikan permohonan secara online dihantar sebelum tarikh tutup pada 31 Ogos 2016 dan seterusnya melengkapkan dokumen tawaran mengikut tarikh yang ditetapkan bagi memastikan wang pinjaman dapat diterima dengan cepat.

Mewakili pihak Kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi, saya berharap proses kemasukan berjalan lancar agar pelajar berpeluang mengambil tempat untuk melanjutkan pendidikan. Inisiatif-inisiatif ini juga diharap sedikit sebanyak dapat membantu mahasiswa.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat tempat di UA seluruh negara.

Salam #SoaringUpwards

28 Ogos 2016
Putrajaya

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY