'/>

Pesta Terubok Daro 2017

DARO : Sekurang –kurang 20 acara menarik telah disusun untuk memeriahkan sambutan Pesta Terubok sempena sambutan Hari Daerah Daro, di sini, bermula 10 hingga 25 Mac ini.

Pegawai Penerangan Daerah, Khusairi Suhaibo memberitahu,  aktiviti bermula dengan penganjuran Program Mobile Community Transformation Centre  (MCTC) di Kampung Penasu pada 10 hingga 12 Mac dan diikuti dengan Jerayawara Kerja anjuran Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, di Tadika Kie Ming, Daro,  14 hingga 15 Mac.
Pada 18 hingga 19 Mac katanya,  orang ramai berpeluang menyaksikan perlumbaan Power Boat di Tebingan Sungai Daro.

“Kita juga akan mengadakan majlis kesyukuran di Masjid Tunku Abdul Rahman, petang 23 Mac.  Daro Kitchen pula berlangsung pada 23 hingga 26 Mac,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata, peminat seni  Daro berpeluang mengetengahkan bakat masing-masing melalui Pertandingan Karaoke Best Koleksi Patrick Kamis dan Lagu 60 an yang berlangsung di pentas utama pada 24 Mac.

Ujarnya, majlis perasmian program pada 25 Mac dijangka akan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.43 Daro, Safiee Ahmad.
Program itu katanya,  akan diikuti dengan Running Man Terubok, Autoshow,  persembahan bermukun, Ratu PestaTerubok dan acara Kebudayaan.

“Dalam pada itu, pada 26 Mac penganjur juga menyusun pelbagai acara menarik untuk pengunjung.  Antaranya, senamrobik, sukan rakyat, pertandingan menyumpit daerah Daro, demonstrasi memanah, pertandingan poco-poco, pamuk,  jom makan cucur dan pertandingan futsal.  Majlis penutupan rasmi juga berlangsung pada hari yang sama,” jelasnya.


No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY