'/>

Sebanyak RM4.44 Bilion Nilai Import Barang Makanan Sarawak bagi tahun 2016

RM 4.22 Bilion nilai import bagi barangan makanan bagi tahun 2015 dan sebanyak RM4.44 Bilion bagi Tahun 2016 menurut YB Dr. Rahman Ismail ,Menteri Muda Pertanian Sarawak di DUN Sarawak.

Bagi meningkatkan pengeluaran makanan tempatan berapa strategi telah dirangka antaranya melalui program agromakanan seperti program industri padi ,buah-buahan dan sayur-sayuran .

Selain itu aktiviti penangkpan ikan khasnya dikawasan laut dalam digalakkan.
Strategi yang kedua adalah menambahkan bilangan kawasan -kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di kawasan tertentu.Strategi ke tiga dengan mengeluarkan produk agromankanan secara besar-besaran melalui Food Basket.

Setakat ini Sarawak telah mencapai tahap sara diri dalam pengeluaran daging Khinzir ,Daging dan telur ayam.Bagi bekalan beras ,Sarawak hanya mencapai tahap 53 % sara diri dan disasarkan 70% menjelang tahun 2030.Bagi daging lembu dan kambing tahap sara diri adalah 10% dan disasarkan 50% pada tahun 2030.


No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY