1. Sejak kempen menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dijalankan oleh pembangkang pada Julai 2015 hingga kini, boleh dikatakan hampir setiap hari beliau diserang. Seperti pendedahan strategi oleh Rafizi Ramli, jika tidak boleh serang Najib, maka serang isterinya.
2. Ramai yang jadi "zombie pembangkang" bila termakan hasutan Rafizi, termasuklah Tun Dr. Mahathir Mohamad. Semua perkara cuba dijadikan isu walaupun tiada kena mengena dengan Perdana Menteri.
3. Penyokong pembangkang sudah hilang pertimbangan dan taksub kepada pemimpin mereka dan percaya apa sahaja yang keluar dari mulut Rafizi dan Tony Pua, biarpun benda itu sampah.
4. Bayangkan, harga minyak naik juga Najib dipersalahkan. Tidak dapat BR1M pun beliau tetap dipersalahkan. Itu belum lagi isu seperti GST yang hari-hari dimainkan oleh pembangkang. Kalau benda buruk memang salah Najib tetapi apabila mereka mendapat kesenangan atau kemudahan, mereka langsung lupa jasa Najib.
5. Sebagai contoh, hingga kini pembangkang belum memuji perlaksanaan projek MRT. Mungkin mereka menanti jika berlaku masalah, maka dengan pantas mereka akan menyalahkan Najib. Mereka lupa kalau ikut logik Rafizi, MRT ini tidak akan dibuat kerana dana itu perlu digunakan untuk subsidi harga minyak.
6. Banyak perkara baik dilaksanakan Najib tapi langsung tidak disentuh. Pembangkang hanya sibuk cari salah Najib sedangkan pemimpin di negeri pembangkang lagi banyak buruknya tapi didiamkan.
7. Sebagai contoh, cuba lihat pada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Kesalahan rasuah jelas sekali. Guan Eng dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah. Tidak pula pembangkang hebohkannya. Mereka diamkan sahaja apabila terdapat gesaan supaya Guan Eng letak jawatan atau bercuti sementara.
8. Berbeza dengan Najib. Walaupun beliau disahkan tidak terlibat dengan penyelewengan dalam 1MDB dan sumbangan derma RM2.6 bilion. Namun hingga kini pembangkang terus mencari salah beliau.
9. Betul kata Najib, rakyat Malaysia ini sudah berperangai pelik, kerana benda kecil yang tiada kaitan pun, tetap dikaitkan dengan beliau.
10. Majoriti rakyat yang masih sihat perangainya lebih ramai. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua melawan hujah "zombie pembangkang" ini. Bersamalah kita pertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak. Lawan balik puak "zombie" ini !!!
No comments: