'/>

SPRM ALU-ALUKAN PDRM AMBIL TINDAKAN TERHADAP PEGAWAI SPRM TERLIBAT RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM:
SPRM ALU-ALUKAN PDRM AMBIL TINDAKAN TERHADAP PEGAWAI SPRM TERLIBAT RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA

SUSULAN penahan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memeras ugut dan meminta wang daripada anggota polis di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam, SPRM ingin menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan kesalahan yang dilakukan pegawai terbabit serta bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perbuatan seumpama itu sama sekali tidak mewakili suruhanjaya yang sentiasa mendukung prinsip undang-undang dan perlembagaan negara dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang diamanahkan.

SPRM amat mengalu-alukan tindakan tegas pihak polis dalam melaksanakan penahanan itu dan tidak akan mencampuri siasatan yang dijalankan.

Ekoran kejadian tersebut, SPRM akan melakukan pemeriksaan dalaman yang tegas terhadap semua pegawai bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang.

Pendirian SPRM tidak akan berganjak walaupun seinci sekiranya terdapat pegawai sendiri melakukan jenayah sedemikian dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan yang mencemarkan reputasi dan nama baik SPRM.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

10 JUN 2017

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY