'/>

Kenyataan sombong dan nada angkuh Nazri tidak mengejutkan saya.

Kenyataan sombong dan nada angkuh Nazri tidak mengejutkan saya.
Saya masih ingat kenyataan beliau pada bulan September tahun lepas bila beliau mengatakan bahawa Sabah & Swk tidak akan mendapat bantuan dari Kementerian beliau jika kedua negeri ini memilih utk tidak menguatkuasakan Tourism Services Act (TSA).

Cadangan TSA ini juga mendapat bantahan dr Sabah dan MATTA.
Nazri yg mengaku diri orang lama dalam politik tidak perlu menunjuk sikap melenting beliau dgn memperkecilkan kedudukan Karim sebagai Menteri sebuah negeri.
Nazri tentu lebih arif dan sepatutnya lebih sensitive tentang sentimen politik yg sedang hangat di mainkan di Sarawak terutama tentang hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia, isu  Peruntukan Pembangunan dari Federal dan Janji2 Pilihanraya yg tidak di tunai oleh Menteri2 Persekutuan.

Sebagai org yg mengaku diri "Menteri lama dan berpengalaman" dan pernah memegang Portfolio Hal-Ehwal Undang2, tentu Nazri arif ttg Sejarah Perjanjian Malaysia serta kedudukan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.
Kita bukan mempertikaikan tentang Hak Kerajaan Federal utk mengubal Undang2 yg berkaitan dgn Kutipan Cukai. Peruntukan tersebut memang ada dlm Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi kami ingin menyuarakan kekecewaan kami tentang Layanan serta Sikap Kerajaan Pusat yg tidak membawa perkara ini melalui rundingan yg serious dgn Kerajaan Negeri.
Putrajaya harus di ingatkan ttg 13 Perkara 'Administrative Empowerment' yg di serahkan kpd Kerajaan Negeri Swk yg telah dipersetujui antara Allahyarham Tok Nan dgn YAB PM semasa perjumpaan di Putrajaya pada 21.Jan.2016.

Antara lain, telah dipersetujui bahawa 'Kerajaan Negeri haruslah di maklum dan dibawa berbincang tentang apa2 cadangan untuk mengubal sebarang Undang2 yg akan memberi kesan kepada kedudukan Negeri terutama yang membawa impak dari kewangan.
Nazri perlu diingatkan bahawa perkara 'Perlancongan' hanya di masukkan dalam Senarai Federal dalam tahun 1994 melalui Akta A885 Parlimen.

Dan kerajaan Negeri tidak pernah dimaklumkan awal, dibawa berunding atau tiada kelulusan dari Kerajaan Negeri sebelum Penyenaraian perkara 'Perlancungan' dalam Federal List di lakukan.
Seperkara lagi ialah, Nazri adalah Menteri yg membentangkan Territorial Sea Act, 2012 (TSA) di Parlimen pada 18.April.2012 dan diluluskan pada hari yg sama.
Tiada seorang pun Ahli Parlimen dari Sarawak termasuk dari Pembangkang hadir semasa TSA diluluskan.
TSA adalah antara undang2 controversy yang sering dibincangkan termasuk Petroleum Development Act (PDA) bila isu Royalty Minyak & Gas dibangkitkan.
TSA dianggap sebagai Undang2 yg merampas Hak negeri ke atas Continental Shelf.

Jika dikaji secara mendalam, mungkin TSA ini tidak sah dan bercanggah dgn Perlembagaan.
Saya tidak peduli kedudukan Nazri yg mengaku "Samseng Besar" di Putrajaya, org yg byk kelemahan memang cepat mengaku dirinya besar dan bongkak.
Yang penting ialah tanda hormat dan saling memahami ttg kedudukan negeri Swk dlm Malaysia.
Jika persepsi majoriti Rakyat Sarawak bahawa Putrajaya tidak Iklas, mungkin BN kena kerja keras dalam PRU akan datang ini.
Jika pemimpin spt Nazri terus menunjuk keangkuhan Politik sebegitu kpd sebuah negeri yg sentiasa konsisten dan byk menyumbang kemenangan BN dlm PRU, jgn terkejut jika rakyat yg semakin meluat akan bertindak balas.

Polisi serta kejayaan agenda Politik BN samada diperingkat National atau negeri semakin diyakini tapi rakyat mahu pemimpin2 politik yang sentiasa menunjuk kesungguhan, Kerajinan dan Keberanian.
Bukan pemimpin byk retorik yg semakin sombong, angkuh serta "Beraja di Hati".

Abdullah Hj.Saidol
ADUN "Anak Jagung Sayur"

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY