'/>

Update(foto) #MAS128 terpaksa Berpatah Balik Ke Melbourne Airport

#Terkini :Laporan ke atas insiden penumpang dalam penerbangan Malaysia Airlines Kuala Lumpur-terikat dari Melbourne Airport. # 9NEWS.

*Datuk Ab Aziz Kaprawi*

Timbalan Menteri Pengangkutan

Saya ingin memaklumkan bahawa pesawat Malaysia Airlines, MH128 yang  melakukan penerbangan ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Tullamarine di Melbourne disebabkan oleh kejadian penumpang mabuk.

Malaysia Airlines sentiasa mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi dan saya dimaklumkan bahawa anak-anak kapal telah berjaya mengawal penumpang tersebut dan apabila pesawat itu mendarat, mereka telah segera menghubungi pihak keselamatan lapangan terbang.

Ketika ini, saya masih belum terima maklumat sama ada pesawat akan berlepas semula tetapi suspek dipercayai merupakan seorang warga Sri Lanka.

Saya ingin menyeru agar orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi mengenai sebagai kejadian yang melibatkan aktiviti keganasan.

Kenyataan lanjut akan menyusul kemudian.



No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY