'/>

PENJELASAN TULAR ISU MINYAK MASAK JENAMA BUAH SAWIT

Tular berkenaan isu minyak masak jenama Buah Sawit yang didakwa di proses dari minyak guna pakai dari kedai-kedai makan dan restoran-restoran orang cina mula dikongsi oleh pengguna di alam maya ini.

Untuk makluman, JAKIM tidak pernah memberi Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk minyak masak yang dikitar semula.

Sekadar perkongsian juga,  minyak masak jenama Buah Sawit keluaran Syarikat Jaburan Sdn Bhd tersebut pernah diambil tindakan pada tahun 2016 kerana menggunakan Logo Halal tanpa memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

Walau bagaimanapun, status terkini syarikat tersebut adalah dalam proses permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Oleh yang demikian, JAKIM amat mengalu-alukan usaha syarikat di luar sana untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut standard serta panduan halal yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, layari direktori halal di www.halal.gov.my atau diaplikasi telefon pintar MyJakim.

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di:-

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY