SARIKEI: Seorang tukang rumah dijumpai maut dengan kesan luka di beberapa anggota badan dalam keadaan terlentang di depan kediamannya di Jalan Repok di sini, pada jam 11.24 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Mat Jusoh Mohamad, berkata mangsa dikenal pasti sebagai Young Teck Hoo, 43, dan dipercayai meninggal dunia selepas berlaku pertengkaran dengan isterinya.
Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Mat Jusoh Mohamad, berkata mangsa dikenal pasti sebagai Young Teck Hoo, 43, dan dipercayai meninggal dunia selepas berlaku pertengkaran dengan isterinya.
"Tiada kecederaan serius pada badan mangsa yang memungkinkan sebab kematiannya," katanya.
Katanya, hasil siasatan awal polis mendapati mangsa sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan serta anak lelaki.
Sumber :BH
No comments: