Kuching :Re: 5 Dalil kenapa 5 Teras Tawaran PH utk Swk bukan satu "Harapan yg Tulen" malah satu "Kegelapan yg Nyata".
Pertama, satu hakikat yg perlu diterima dan diakui oleh semua warga negeri Swk ialah semua parti politik yg membentuk Pakatan Harapan ialah Parti Politik yg akar umbi penubuhan mereka adalah berasal dan berpusat di Semenanjung Malaysia.
Ke-2, dlm kumpulan tersebut, DAP yg dikuasai secara dominan oleh pemimpin2 kaum Cina, sebagai sebuah parti politik yg paling tua atau "senior" dan paling byk memenangi kerusi Parlimen sudah tentu inginkan suara dan pendapat mereka mendominasi halatuju serta falsafah politik dlm PH.
DAP sudah hampir 15 tahun mengtadbir Pulau Pinang dibwh ketua Menteri DAP Lim Guan Eng, cuba rujuk dan baca balik semua janji2 pilihanraya serta manisfesto yg mereka laung2kan dulu.
Bila DAP menang, semua terbalik tunggang langgang. Malah Ketua Menteri mereka skarang sedang mengadap tuduhan dan tindakan mahkamah kerena kes rasuah.
Ke-3, 3 parti politik lain dlm PH iaitu Keadilan, Amanah dan PPBM pula ditubuh oleh pemimpin2 Melayu Semenanjung Malaysia yg samada mereka ini sudah byk kali kalah piliharaya, kecewa, berdendam atau sememangnya gila kuasa.
Apakah rakyat Swk ingin nasib masa depan dan perjuangan kita di tentukan oleh pemimpin2 spt ini?
Ke-4, cuba lihat suasana politik di Semenanjung Malaysia skarang ini di mana semua parti2 dlm PH ini bertapak.
Apakah anak2 jati negeri Swk tidak melihat dan menyedari betapa huru-hara dan mengelirunya suasana politik di seberang sana sekarang ini?
Fitnah politik yg jijik, buruk-sangka yg melampau, perkauman dan penghinaan agama sedang rancak berlaku dan bermula di sana.
Apakah kita di negeri Swk mahu keadaan yg sama berlaku di laman rumah kita sendiri?
Ke-5, Pemimpin2 utama parti pembangkang di Swk sebenarnya bertuankan pemimpin2 dr Semenanjung Malaysia. Mereka (DAP, PKR, Amanah & PPBM Swk) memuja dan menerima arahan dr jauh pemimpin2 mereka spt Lim Kit Siang, Annuar Ibrahim, Tun M dan Mat Sabu.
Apakah pemimpin2 utama PH ini benar2 iklas dan jujur serta perihatin akan mengubah nasib kita di Swk terutama di kawasan luar bandar?
Kesimpulan, peringatan saya kepada pemimpin2 yg tidak sedar diri dr Semenanjung Malaysia ini ialah "Sebelum tuan2 sibuk dgn keadaan lalang di rumah kami, elok tuan2 tebas dulu lalang di laman rumah sendiri yg saya rasa sudah semakin semak belukar dan mungkin sudah byk membiak binatang2 liar spt ular dan lipan. Binatang2 ini membahayakan jiran dan org ramai".
Jangan main2 dgn istilah 'Masa Depan'. Kita mahu nasib kita di pimpin oleh pemimpin2 yg ada 'Masa Depan' dlm agenda mereka dan parti2 politik yg ada 'Masa Depan' dlm perjuangan mereka.
Pakatan Harapan adalah sebuah parti yg kering serta rapuh dan tidak ada asas kukuh utk menjanjikan sebarang bentuk "Harapan" utk rakyat malah byk kearah "Kegelapan".
5 Teras Baru yg diumumkan dan ditawar oleh PH yg berkaitan tentang "Hak Negeri" utk rakyat Swk bolehlah saya rumuskan sebagai "Ibu Pembohongan" serta tanda "Kemuncak Teragung Politik Hipokrit serta Putar Belit" dr PH.
Kenapa pemimpin2 Pembangkang dr negeri Swk tidak bertanya kpd Tetamu Kehormat mereka baru2 ini, Tun M ttg Hak2 negeri yg sebenarnya terhakis dan terpinggir semasa Tun M menjadi Perdana Menteri?
Kenapa Tun M buat mcm2 projek2 Mega di semenanjung tapi tidak di Swk?
Malah byk projek mega Tun M yg gagal serta membazir beratus juta ringgit dan akhirnya menjadi skandal.
Kalau Tun M benar2 iklas dan jujur ttg kebajikan kita di Swk, sudah lama dulu byk kawasan kita terutama di pendalaman sepatutnya telah mendpt jln2 elok serta kemudahan air dan elektrik.
Tun M berpeluang utk membaiki keadaan byk sekolah2 kita yg usang dan tidak senonoh tapi dia tidak memperdulikan itu semua.
Pendek kata semasa menjadi PM, Tun M telah gagal memberi negeri Swk pembgnan infrastruktur yg sepatutnya malah menyalurkan wang hasil dr minyak negeri Swk kearah kepentingan kroni2 beliau yg semua mereka sedang menentang kerajaan sekarang ini kerena kepentingan peribadi mereka mula terhakis oleh polisi kerajaan BN yg byk berkiblat kearah mensejahterakan rakyat.
Begitu juga Dtk Anuar Ibrahim yg dulunya Menteri Kewangan dan byk juga meminggir kepentingan kita di Swk.
Pemimpin2 pembangkang negeri Swk pula menyanjung pemimpin2 spt Tun M dan Anuar Ibrahim sebagai bakal penyelamat nasib masa depan kita di Swk.
Pengikut dan penyokong2 pembangkang di negeri Swk yg sememangnya jenis "muka tak malu" menyalak sana sini bercakap ttg hak2 negeri tapi yg peliknya mereka memuja dan mendukung kepimpinan mereka yg terlibat secara langsung dlm menghakis hak dan kepentingan kita dulu.
Saya yakin dan percaya majoriti org2 Swk yg berfikiran matang serta cintakan keamanan adalah jauh lebih cerdik dan bijak utk menentukan halatuju serta masa depan kita sendiri dan akan keliru dgn dakyah serta pembohongan pemimpin2 PH yg jelas kemaruk main politik dan sanggup menjatuhkan sebuah kerajaan dgn apa cara sekali pun tanpa memikir kesan kpd tahap keselamatan serta keamanan negara.
Yg iklas;
YB Abdullah Hj.Saidol
Ketua Setiausaha Politik kpd YAB Ketua Menteri Swk.
No comments: