'/>

Seramai 385 Hantu Dadah berjaya diberkas

KUCHING: Seramai 385 individu diberkas bagi membantu siasatan berhubung kes-kes pengedaran narkotik di negeri ini, sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, tangkapan ini kemudian berjaya membentuk 254 kes.

“Daripada jumlah ini, 41 kes adalah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan 89 tangkapan, 36 kes di bawah Seksyen 39A(2) dengan 47 tangkapan manakala 176 kes untuk Seksyen 39A (1) dengan 245 tangkapan.

“Satu kes dengan empat tangkapan direkodkan di bawah Seksyen 6B akta yang sama,” katanya lagi.

Statistik ini tegasnya, amat membimbangkan kerana menyaksikan peningkatan signifikan dari aspek bekalan dadah.

“Sepanjang 12 bulan tahun lalu, kita hanya merekodkan 193 kes dan 325 tangkapan melibatkan seksyen-seksyen terbabit,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri semalam.

Dalam sidang media yang sama beliau turut melaporkan kejayaan Polis Sarawak memberkas dua suspek yang menjadi dalang kepada sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang bernilai pasaran lebih RM3.4 juta.

Dzuraidi turut melahirkan penghargaan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri atas komitmen berterusan, hingga berjaya menangkap dan menyelesaikan banyak kes.

Dalam sidang media yang sama, beliau turut memaklumkan kejayaan menahan 1,317 hantu dadah sepanjang tempoh yang sama.

“Sebanyak 1,047 kes direkodkan, dengan 912 kes dan 1,189 tangkapan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala 57 kes dengan 48 tangkapan disiasat di bawah Seksyen 6 akta yang sama.

Sejumlah 80 tangkapan dan 78 kes berjaya dicatatkan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Pada masa yang sama 3,310 individu ditahan selepas saringan urin terhadap mereka didapati positif dadah. – Sarawakvoice

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY