'/>

Kuching: Menurut YB Datuk Amar Datin Patinggi Hajah Jamilah Binti Anum Adun N.3 Tanjong Datu berkata masalah Kesesakan kampung amat membimbangkan di kebanyakan tempat di Seluruh Negeri  Sarawak.Sebagai contoh sebuah rumah didiami oleh lebih 2 buah keluarga dengan penghuninya lebih daripada 10 hingga 15 orang dalam sebuah rumah.

Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila keluarga mendirikan rumah berdekatan antara satu sama lain yang mengundang pelbagai masalah seperti isu sosial meningkat,tumpuan untuk kecemerlangan di kalangan pelajar terganggu ,Kebakaran cepat merebak serta isu masalah kesihatan.

Beliau  mencadangan mengatasi masalah ini menubuhkan satu jawatankuasa tertinggi,kajian menyeluruh di setiap kampung di seluruh Sarawak bagi mengetahui berapa banyaknya lot-lot tanah perlu disediakan.

Selain itu syarat Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS) di kaji semula .SOP permohonan lot-lot dipercepatkan serta mempunyai  infrastruktur yang cukup.

Kuching:Program Pembesaran Asas Kampung perlu dilengkapi dengan kemudahan asas menurut YB Fazruddin Adun Tupong semasa ucapan mesyuarat Pertama Bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.Beliau berharap dapat mendapat kerjasama daripada pihak Pejabat Tanah Dan Survey bagi membantu berkenan perkara ini.

Tambahan beliau lagi agar kerajaan dapat memperuntukkan dana khas bagi program seperti ini.Ini kerana keperluan masyarakat amat berbeza di bandar maupun di luar bandar.Jadi usah mempertikaikan dana atau usaha kerajaan bagi membantu menaiktaraf hidup di dalam bandar terutamanya kampung melayu.

Sarikei:Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sarikei Tuan DSP Zamry Ali pihak Badan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND )Sarikei telah menangkap t (5) lelaki, Warganegara asing (PTI) Myammar di bawah Sek. 39A(1) ADB 1952.

Serbuan dibuat dialamat K35 Perumahan Tg Manis 96150 Tg Manis, Sarawak oleh sepasukan anggota BSJND SARIKEI yang diketuai oleh Insp Omar telah menahan kesemua sabjek yang berada didalam rumah tersebut dan pemeriksaan Polis telah menemui dadah disyaki syabu atas meja bulat rumah tersebut. Kesemua sabjek ditahan di bawah Sek 39A(1) ADB 1952 dilokap Balai Polis Pusat Sarikei untuk siasatan selanjutnya.Rampasan dadah paket plastik lutsinar & (1) tiub straw mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu berat kasar 9.60 gram anggaran nilai RM 2,880.Hasil ujian saringan awal dapati (4) sabjek positif dadah Meth dan (1) negatif dadah.

Bintangor:Kedua-dua Atlit Patanque Sarawak yang akan berangkat ke Kuching petang ini menerima masing-masing Rm300.00 tunai sebagai galakan moral kepada mereka ke pertandingan peringkat kebangsaan yg akan Di sertai. Mereka Nur Ridhwan bin Zulkipli dan Sharifah Daniamalyana bt Wan Deros mewakili negeri Sarawak setelah melepasi 5 peringkat pemilihan dan berharap bantuan dari pelbagai pihak bagi meringankan bebanan perbelanjaan sepanjang tempoh latihan dan kejohanan yg akan berlansung. Sumbangan di sampaikan oleh Cr. Halmi Morsili mewakili pertubuhan itu sambil di saksikan Bendahari Saberkas Dayang Zainuriah, Barisan Kejurulatihan, Pemain dan Keluarga Atlit berkenaan bertempat di Padang Patanque, Masjid Darul Taqwa.

Dalam pada itu Pengerusi Saberkas Hj Qalam Iko berkata, Sumbangan tersebut adalah sebahagian dari peruntukan dari ADUN SEMOP YB Abdullah Saidol kepada Pertubuhan Saberkas Cawangan Meradong dan berharap ianya dapat menjadi pendorong kepada semangat juang wakil Belia Meradong tersebut yg akan mengharumkan nama SARAWAK di persada Kebangsaan.

Pertubuhan Saberkas Cawangan Meradong di aktifkan semula oleh YB Abdullah Saidol pada awal Tahun 2018 dengan harapan dapat memimpin belia dengan mengadakan program-program yg bermanfaat kepada belia tempatan. Sejak di tubukan Saberkas Cawangan Meradong Telah mengadakan beberapa program belia antaranya Garthering Belia & Beliawanis 2018, Futsal Siri 1 Sg Sian, Futsal Siri 2 Skim B, Futsal Siri 3 KJD, Grand Final Futsal Belia, Edaran Bubur Lambuk, Kutipan derma kebakaran dan sebagainya.

Sumber : HKQ

Pandangan peribadi saya.

Akta Pembangunan Petroleum 1974...mesti dikaji semula dan dipinda.

1. PDA 1974 adalah Akta Parlimen, yang diluluskan oleh majoriti mudah , yang memberikan hak eksklusif kpd Petronas untuk meneroka, mengeksploitasi dan mendapatkan petroleun di darat dan di luar pantai negeri kita.

2. Dengan PDA 1974, telah dipersetujui bahawa Petronas akan membuat bayaran kepada negeri Sarawak secara tunai 5% daripada  nilai  petroleum yang diekstrak.

3. Oleh kerana petroleum diekstrak terutamanya dari pantai kita, kita merasakan bahawa pembayaran tunai 5% ke negeri kita berada pada tahap yang agak rendah..kita sepatutnya mendapat lebih lagi.

4. Sekarang dengan pemerintahan baru dan dgn harapan baru dan era baru .. kita berharap PDA akan dikaji semula secara komprehensif. Ini adalah kerana Petronas kini merupakan pemain global dengan pelaburan di seluruh dunia..maka sesuatu yg adil bagi Peteonas untuk memberi lebih kpd negeri seperti Sarawak.
Di samping itu, saya yakin semua pelaburan modal utama Petronas di telaga minyak & gas Sarawak telah mendapat pulangan sepenuhnya sejak 40 tahun lepas dan dengan itu lebih banyak keuntungan bersih boleh dikongsi dengan Sarawak! Perkongsian bermakna. Untuk kepentingan adil, PDA 1974 mesti dikaji semula.


Bintangor:Sebanyak 200 lebih bubur dilambuk diagihkan oleh Kelab Anak Seni Meradong.Menurut Pengerusi Kelab Puan Hanisah program ini merupakan pgrm tahunan Kelab setiap kali menjelang Ramadan.

Bintangor :Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor PPgb   Nicholas Belulin,Komander operasi melapor pencarian SAR hari pertama dimulakan di sepanjang Sungai Kanowit, Nanga Ensurin Julau  menggunakan kaedah water surface searching menyusuri sungai di mana mangsa bot tersebut karam sehingga ke hilir sungai Nanga Entabai.

Setakat ini seorang mangsa Lenny ak Ingang (P) 46 Tahun telah ditemui ditebing sungai berdekatan Rh Panjang Gani, Wong Bar, Julau. Mangsa dijumpai oleh pasukan  mencari dan menyelamat pada jam 12:30:00 manakala dua lagi mangsa belum ditemui iaitu Ebiline Linty ak Kaya (P) 23 tahun dan Kelvin Sama ak Markus (L) 6 tahun.

ALHAMDULLILLAH.. buat JKKK/JKKKP di Sarawak..

KENYATAAN AKHBAR JABATAN KETUA MENTERI
(UNIT PROTOKOL DAN PERHUBUNGAN AWAM NEGERI)

PEMBAYARAN ELAUN BAGI KETUA-KETUA KAUM NEGERI SARAWAK 
Susulan dari pekeliling daripada Kementarian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Malaysia yang menangguhkan sementara semua urusan berkaitan JKKK/JKKKP termasuk urusan pelantikan, pertukaran, bayaran elaun dan lain-lain hal yang berkaitan, sehubungan dengan ini, Kerajaan Negeri Sarawak telah membuat keputusan untuk menerus dan menanggung pembayaran elaun bagi Ketua-Ketua  Kaum Negeri Sarawak.

#iamSarawakian

Julau:Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bintangor PPgB Nicholas Bin Belulin maklumat awal, pada 22.5.2018 sekitar jam 0800 hrs, mangsa  Anjan Ak Nyua/Lelaki berusia 66 tahun  yang berasal dari Rumah Ading Nanga Jemak, Sungai Entabai, Julau menggunakan perahu seorang diri bagi menghadiri majlis Pra Gawai di SK Nanga Entabai Julau.

Sehingga tengah malam tadi, mangsa dipercayai dalam perjalanan untuk balik ke rumah yang berada di hulu sungai dari sekolah tersebut. Ini berikutan maklumat daripada penduduk rumah panjang Rumah Minggat, Nanga Sayong, Entabai, Julau mengatakan sekitar jam 0100 hrs dan 0200 hrs ada mendengar suara dari arah sungai meminta tolong. Setibanya mereka di tebing sungai, mendapati hanya perahu dan enjin sangkut sahaja yang kelihatan hanyut.

Anak mangsa mengesahkan perahu dan enjin sangkut adalah kepunyaan mangsa.

Pasukan bomba dibantu agensi lain serta penduduk kampung menjalankan operasi SAR dengan kaedah surface searching di lokasi mangsa terjatuh dari perahu di kawasan air sungai yang berpusar. Pencarian sejauh 3 km ke hulu sungai (Nanga Jemak) dan 2 km ke hilir sungai (Nanga Entabai).

Lokasi disyaki jatuh kawasan lubuk sungai di Ng Sayong. Mangsa kali terakhir dilihat berbaju hijau berbelang kuning dan berseluar panjang. Perahu mangsa pecah dibahagian tengah dan pecah pada cover enjin sangkut 30hp.

Foto Ikhsan JBPM Bintangor

23/5 Penerima bantuan kebajikan tetap dibantu - Abang Johari

KUCHING: Kerajaan negeri memberi jaminan akan membantu kira-kira 56,000 penerima bantuan kebajikan di  negeri ini jika bantuan itu ditamatkan oleh Kerajaan Pusat.


Penerima bantuan itu melibatkan warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya dan golongan miskin.


Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri meneruskan bantuan itu meskipun pentadbiran Kerajaan Persekutuan bertukar.


“Tanpa mengambil kira peralihan kerajaan pentadbiran, kita meneruskan bantuan ini kerana Sarawak memiliki sumber mencukupi,” katanya selepas menghadiri Majlis Sumbangan Bungkusan Aidilfitri untuk pasukan keselamatan di Dewan Undangan Negeri (lama), Petra Jaya, hari ini.


Lebih 8,000 bungkusan diagihkan kepada 10 agensi keselamatan yang bertugas semasa Aidilfitri ini.

Sumber:Jiwa Bakti 

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY