Kenyataan Media
Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Komunikasi Strategik BN
29 Jun 2016
SIARAN SEGERA
RESPON TERHADAP PENAHANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
1. Tindakan menegakkan keadilan mesti dilakukan dengan pantas. Sebulan selepas siasatan dalaman dan perbincangan secara terbuka yang tegang, saya berasa lega apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan untuk mengambil tindakan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng.
2. Saya membangkitkan kebimbangan berhubung penjualan dan pembelian banglo YAB Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn pada Mac 2016, kerana saya yakin berlaku salah laku dalam transaksi dan rakyat Pulau Pinang berhak mengetahui kebenaran.
3. Jelas sekali, slogan DAP kononnya menjadi parti politik paling bersih di Malaysia tidak boleh lagi diguna pakai, susulan penahanan Lim Guan Eng oleh SPRM hari ini. Ketelusan dan kebertanggungjawab mesti diamalkan, bukan sekadar diperkatakan.
4. Saya berharap SPRM akan meneruskan kelazimannya dalam menjalankan tugas tanpa kebimbangan atau pilih kasih. Pada akhirnya, semua ini diharap membawa kebenaran dan keadilan.
No comments: