'/>

5 permit ceramah untuk PRK Tanjung Datu setakat ini

LUNDU - Sehingga 6 Februari, polis telah mengeluarkan 5 permit ceramah untuk kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N03 Tanjong Datu.

Ketua Polis Daerah Lundu, DSP Wong Chee Keong berkata kelima-lima permit itu dikeluarkan kepada parti Barisan Nasional (BN).

Katanya setakat ini polis masih belum menerima sebarang permohonan permit daripada dua lagi calon daripada Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) dan Parti Reformasi Negeri (Star).

Begitupun, polis akan memproses permit dengan mengikut proses dan prosedur sebelum mengeluarkan permit kepada calon yang bertanding tanpa memilih fahaman politik.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY