'/>

Isu terbaru mengenai calon PBDSB untuk Prk Tanjung Datu ??#prktjdatu

Tuduhan yang dilemparkan oleh Leslly nyata cukup berat dan beliau menuntut Rapelson untuk menerangkan keadaan sebenar atau Leslly bertindak mendedahkan apa jua yang telah dilakukan oleh Rapelson di kawasan berkenaan.

Hari ini, calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Rapelson Richard Hamit tuduhan yang dilemparkan oleh Leslly semalam hanyalah tuduhan semata-mata. Menurutnya, jika pihak Leslley mendapati beliau tidak benar maka mereka boleh bawa hal tersebut ke Mahkamah.

Rapelson yang ditemui pagi tadi memberitahu, apa yang beliau lakukan hanya mahu membantu penduduk ķampung yang terjejas dengan isu tanah. Beliau juga menegaskan, beliau tidak terlibat secara atau tidak langsung dengan tuduhan mencalar kreadibiliti Baru Bian dan See Chee How dan Rapelson menegaskan, beliau tidak tahu sama sekali dengan tuduhan berkenaan.

Sebelum ini, Leslly Kallom mendedahkan Rapelson terbabit dalam satu hasutan yang dilakukannya keatas penduduk Kampung Lebor, Serian dan Balai Ringin berkaitan isu tanah hak adat Bumiputera (NCR) di Kampung Lebor yang turut melibatkan laporan Polis terhadap Baru Bian dan See Chee How. Leslly mendakwa, Rapelson menuduh kedua-dua mereka ini tidak amanah sebagai peguam penduduk yang menghadapi isu berkenaan.

Dalam kenyataan balas, Rapelson berkata, beliau tidak tahu menahu tentang perkara tersebut dan menganggap sebagai tuduhan semata-mata. Sambil mengakui memang benar ada masalah tanah NCR di kampung tersebut tetapi beliau mengakui ia tidak ada kaitan dengannya.

“Sebelum ini memang ada sebuah syarikat yang ingin mengusaha tanah yang diakui oleh penduduk sebagai tanah mereka, tetapi saya memang tidak terlibat,” katanya. Rapelson menegaskan ia hanya isu peribadi dan tiada kaitan dengan kedua-dua ahli politik tersebut. Beliau juga menyifatkan kenyataan Leslly lebih kepada serangan isu peribadi dan usaha menjatuhkan kredibilitinya sebagai calon
Sumber :http://www.pru14.tv/2017/02/06/prktjgdatu-saya-tidak-terlibat-dalam-menjatuhkan-kredibiliti-pemimpin-pkr/

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY