'/>

Penggunaan Media Sosial Rancakkan Kempen BN Di N03 Tanjung Datu #PrkTjDatu

Penggunaan Media Sosial Rancakkan Kempen BN Di N03 Tanjung Datu

LUNDU - Kehadiran Azizul Annuar Adenan, anak kepada Datin Patinggi Datuk Hajah Jamilah, calon Barisan Nasional (BN) dalam  program yang dianjurkan BN menampakkan kesungguhan beliau membantu ibunya untuk berkempen di kawasan ini.

Ditanya mengenai strategi kempen, beliau menjelaskan selain daripada menghadiri program atau aktiviti yang dianjurkan BN, peranan media sosial juga turut diperluaskan dalam kempen kali ini.

"Kita juga akan mempergiatkan kempen di laman sosial kami seperti blog, facebook, twitter dan lain-lain lagi bagi membantu dan melancarkan lagi kempen ini.

"Bantuan daripada pengguna laman media sosial BN lain juga akan membantu dalam menyebarkan maklumat serta profil calon," katanya kepada pemberita setelah melakukan tinjauan dan beramah mesra dengan masyarakat di Pasar Lundu pagi tadi.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY