'/>

Kabinet hari ini bersetuju menubuhkan sebuah Task Force

Kenyataan Media

1.  Kabinet hari ini bersetuju menubuhkan sebuah Task Force untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia pada sekitar tahun 1990-an.

2. Task Force ini akan dianggotai oleh pelbagai agensi Kerajaan  termasuk individu-individu yang dihormati dan berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu.

3. Penubuhan Task Force ini merupakan langkah permulaan untuk mendapatkan semua fakta-fakta yang berkaitan - menganalisis semua Hansard rasmi mesyuarat-mesyuarat Parlimen pada masa itu, minit-minit Mesyuarat Kabinet yang terdahulu, laporan  Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia dan laporan-laporan lain daripada agensi-agensi yang berkenaan.

4.  Ia juga bertujuan untuk mengetahui apa sebenar yang telah berlaku, jumlah kerugian sebenar dan sama ada terdapat salah laku tatacara pentadbiran kewangan serta adanya tindakan pihak tertentu untuk menutup apa yang sebenar berlaku dari pengetahuan rakyat Malaysia selama ini.

5. Task Force ini akan  mengemukakan syor dan cadangan untuk dipertimbangkan oleh Kabinet dalam tempoh terdekat dan tindakan selanjutnya termasuklah penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jika perlu berdasarkan hasil siasatan itu nanti.

6. Tindakan Kerajaan ini membuktikan komitmen dan ketelusan Kerajaan untuk memastikan urusan Bank Negara pada ketika itu dijalankan mengikut urus tadbir yang ditetapkan. Kerajaan akan sentiasa terbuka dan transparen dalam siasatan ini memandangkan ianya melibatkan Bank Negara Malaysia dan dikatakan skandal kewangan terbesar.

Pejabat Perdana Menteri
15 Februari 2017

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY